Tanggapan Ulama Malaysia Tentang Pembakaran Bendera HTI - Mading Indonesia

Post Top Ad


WAJIB membela نهضة العلماء NU & GP Ansor Banser !

WAJIB Membakar Bendera Pemecah belah Ummah walaupun bertulis Kalimah Syahadah !

Bukan ingin menyibuk urusan di Negeri Jiran tetapi isu Hizbut Tahrir & golongan Radikal ini ialah Isu bersama yg di hadapi atau bakal di hadapi Negara Negara Ummat Islam sebab itu Al Faqir berkata :

“ Demi Allah, kalau Aku berada di Indonesia , Akan Aku bakar Bendera memperalatkan Kalimah Syahadah itu di Hadapan para pembenci kepada NU & GP Ansor Banser , Akan ku bela NU & GP Ansor Banser dgn Nyawa & Darahku walaupun Aku bukan Ahli Organisasi NU & GP Ansor Banser bahkan bukan Bangsa Indonesia tapi Aku ada hubungan Ukhuwwah Islamiyyah & Basyariah dgn mereka , Dan Islam memerintakan Ummatnya agar hidup dalam kesatuan & keamanan“

Peristiwa seperti ini sesungguhnya juga telah terjadi dalam sirah Nabi ﷺ, Bagaimana Masjid Dhirar dihancurkan dan dibakar oleh Rasulullah ﷺ kerana Baginda ﷺ tahu bahawa ternyata masjid tersebut dibuat oleh kaum Munafiq untuk bertujuan bertujuan berupaya memecah belahkan kesatuan umat Islam.

Rasulullah ﷺ sendiri menghancurkan sebuah Masjid yang dibangunkan atas tujuan memecah belahkan kesatuan Ummat Islam. Rasulullah ﷺ membakar Masjid itu bukan semata - mata kerana orang Munafiq yang membinanya , Sebab orang Munafiq yang ada di Madinah itu menempati “Harbi Fi Zimmati Ta’min” yakni mereka di amankan oleh Islam kerana zahir lidah mereka mengucap 2 kalimah Syahadah padahal di batin hati mereka KUFUR , akan tetapi Rasulullah ﷺ membakar Masjid Dhirar itu kerana Masjid itu bakal memecah belahkan kesatuan dan Persatuan Ummat . Allah berfirman:

‎وَالَّذِيْنَ اتَّخَذُوْا مَسْجِدًا ضِرَارًا وَّكُفْرًا وَّتَفْرِيْقًۢا بَيْنَ  الْمُؤْمِنِيْنَ وَاِرْصَادًا لِّمَنْ حَارَبَ اللّٰهَ وَرَسُوْلَهٗ مِنْ قَبْلُ ۗ  وَلَيَحْلِفُنَّ اِنْ اَرَدْنَاۤ اِلَّا الْحُسْنٰى ۗ  وَاللّٰهُ يَشْهَدُ اِنَّهُمْ  لَـكٰذِبُوْنَ. (التوبة:١٠٧)

Ertinya: "Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada yang mendirikan masjid untuk menimbulkan bencana (pada orang-orang yang beriman), untuk kekafiran, dan untuk memecah belah di antara orang-orang yang beriman, serta untuk menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka dengan pasti bersumpah, Kami hanya menghendaki kebaikan. Dan Allah menjadi saksi bahwa mereka itu pendusta (dalam sumpahnya)." (At Taubah:107)

Jadi hakikatnya Rasulullah ﷺ bukan membakar Masjid, melainkan membakar tujuan jahat yang tersembunyi di sebalik pembangunan Masjid itu.

Al- Imam Jalaluddin As-Suyuthi dalam Kitab Al-Hawi Lil Fatawi:

‎قَالَ عُلَمَاؤُنَا: وَإِذَا كَانَ الْمَسْجِدُ الَّذِيْ يُتَّخَذُ لِلْعِبَادَةِ وَحَضَّ الشَّرْعُ عَلَى بِنَائِهِ يُهْدَمُ وَيُنْزَعُ إِذَا كَانَ فِيْهِ ضَرَرٌ فَمَا ظَنُّكَ بِسِوَاهُ ؟ بَلْ هُوَ أَحْرَى أَنْ يُزَالَ وَيُهْدَمَ، هَذَا كُلُّهُ كَلَامُ الْقُرْطُبِيْ

“Para Ulama berkata: Jika masjid saja yang diciptakan untuk ibadah dan syariat menganjurkan untuk membangunnya berubah menjadi dihancurkan karena terdapat kemudlaratan, lantas bagaimana pendapatmu pada hal selain masjid? Jelas lebih pantas untuk dihilangkan dan dihancurkan. Perkataan tersebut adalah perkataan Imam Qurtuby”

Sebab itu lah sekali lagi Al Faqir tegaskan : “ Demi Allah , kalau Aku berada di Indonesia , Akan Aku bakar Bendera memperalatkan Kalimah Syahadah itu di Hadapan para pembenci kepada NU & GP Ansor Banser , Akan ku bela NU & GP Ansor Banser dgn Nyawa & Darahku walaupun Aku bukan Ahli Organisasi NU & GP Ansor Banser bahkan bukan Bangsa Indonesia tapi Aku ada hubungan Ukhuwwah Islamiyyah & Basyariah dgn mereka , Dan Islam memerintakan Ummatnya agar hidup dalam kesatuan & keamanan“

Membela Tauhid itu bukan pada bendera & menghalalkan darah orang yang bertauhid , Membela Tauhid yang sebenar itu ialah mengaji , Iktiqad & mengajar Ilmu Tauhid Ahli Sunnah Wal Jama’ah kepada Ummat !

Wallahu 'Alam Bi Assawab....
#JanganSuriahkanIndonesia
#HWMI #NU

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Pages